Dan Bila Hati Ini Tertaut PadaMu..

Friday, January 14, 2011

Bagaimana nak berinteraksi dgn Al-Quran..

Salam sahabat...

Aritu.. ada kakak2 dri Moscow dtg melawat kami.. sbnarnya.. depa tue.. kakak2 usrah kami.. hehe
depa dok kat sini sat jaa.. shari... xtdoq sni... malam tu trus balek.. sbb esok tue depa ad class...
Banyak sgt aktiviti yg sgt2 best...
Mula2.. smpai2 jaa.. mesti la breakfast dlu kan... lapaq.. ekeke!

antara aktiviti...


  • sesi ta'aruf bersama kakak2 tue.. (kak fida, kak anis, kak iman, kak siti, n kak daniyyah)
  • sesi tadabbur.. antara surah pilihan.. surah Furqan.. 
  • mula berusrah.. tajuk : Bagaimana nak berinteraksi dengan Al-Quran??
  • maen game.. macam2.. huhu! sgt best.. sbb kak iman tersgtla kelakar.. adoii... xtahan gusi gelak!
  • makan malam b4 depa pulang ke Moscow..

antara point penting yg kami dpat..
cara2 nak berinteraksi dgn kitab Allah..

1) klu time kita baca Al-Quran tue.. prasan x byk yg dtulis dlm kurungan nama Nabi Muhammad s.a.w. ..klu boleh.. cuba gantikan nama kekasih Allah tu sbg diri kita sendiri.. insyaAllah.. berkesan..

2) bila kita membaca Al-Quran perlulah ada penghayatan yg mendalam.. penghayatan menggunakan mata hati.. sepenuhnya.. 

3) mmg xdapat dinafikan.. xsemua boleh bertutur dalam bahasa Arab kan.. saya pon..
cuma klu nak lebih tahu.. cubalah memahami bahasa Arab.. xrugi belajar kan..

4) sebenarnya.. setiap surah di dalam kitab suci itu.. ad cerita di sebaliknya.. klu nak lebih tahu.. slalu2 la search.. ataupon tanya kepada yg arif..  so, time baca.. perlu tahu apa cerita yg tersembunyi tu..

5) kita kena ingat bahawa kita berdiri pada 1 akidah yg sama.. landasan yg sama.. AKIDAH!

so.. ni la yg kami belajaq.. mmg banyak info baru yg kami dapat pada hari tu.. Alhamdulillah...


Thursday, January 13, 2011

~NASIHAT & BIMBINGAN SYEIKH ALI THANTAWI BUAT PUTERI~~

 

 Api syahwat yang membara mampu merubah kejernihan menjadi keruh dan gelap kehitaman. Hanya sedetik hilang pertimbangan seusia hidup menanggung beban. Apakah yang dapat meredam bara-bara nafsu selain ilmu dan kesedaran? ltulah noktah kegelindran.......... akibat kealpaan dan kelalaian.



Wahai puteriku........ aku seorang bapa yang sedang
berjalan memasuki usia lima puluh tahun.
Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian
dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku, banyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak,
menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu
syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah!!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu
jalannya.

Wahai puteriku,pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau
menyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita.
Tetapi ingat!
Bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju.
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri:
"Silakan masuk".......
dan setelah engkau kecurian barulah tersedar.

Ketika itu barulah engkau berteriak
"Tolong tolong.......aku kecurian".

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari
seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan
sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan kehormatanmu.
Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puterikuDemi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu
telanjang di hadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong....... bohong....... Bohong...... demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak- tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu wahai puteriku???
Renungkanlah!!!

Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau.
Dan engkau...., akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya.

Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.
Engkau sedih dan muram.
Engkau bingung dan gelisah.

Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan... diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan:

"Dia yang dahulu sesat, tetapi sekarang sudah bertaubat".
Tapi engkau?

Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni
dosamu.

Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas...
Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya

Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya
Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.
sudah itu...., dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.

Wahai puteriku.......
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita:
"Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik".
Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga
raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.

Aku mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi, kekayaanya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya. Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya....... dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pasti semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.

Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista, pasti dengan segera lelaki itu pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.

Seorang pemuda jalang yang rosak dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dikahwini dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang, pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang isteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.

Puteriku....., suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan, penyebabnya adalah kerana kesalahanmu sendiri.

Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga
adalah kerana perbuatanmu!

Lantas, kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?
Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?

Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki.
Kamu sebagai wanita terhormat, mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama, pada akhirnya
akan menjadi mangsa dan korbannya.

Hampir di setiap rumah di negeri Syam terdapat gadis-gadis pada usia yang layak berkahwin belum
mempunyai calon dan gadis yang sudah lewat usianya belum juga bersuami.


Para pemudanya merasa puas dengan hanya berpacar-pacaran dan bergaul bebas daripada beristeri.
Mungkin keadaan seperti ini juga terdapat di negara-negara Islam yang lain.

Wahai puteriku.......
Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya
terdiri daripada para cendiakawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran.

Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan
tidak rasa takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya.

Kalau mereka tidak juga peduli, berikan penjelasan dan contoh-contoh kenyataan yang ada, katakan
kepada mereka:

"Anda remaja cantik, ramai pemuda yang tertarik dan mengharapkan anda. Kecantikan anda seperti
sekarang ini apakah akan terus bertahan?

Bagaimana nasib anda nanti setelah tua?
Ketika muka anda sudah kerepot dan badan membongkok?
Siapakah nanti yang akan menguruskan anda?
Siapakah ketika itu akan memperhatikan nasib anda?
Tahukah anda, siapa yang akan menghormati dan memuliakan orang tua yang tidak berdaya lagi?
Hanya anak dan cucu-cucunya!

Di tengah-tengah mereka, orang tua sepertinya menjadi ratu di antara rakyat, bermahkota, duduk di singgahsana.
Bagaimana nasib anda nanti jika terus begini?
Bagaimana derita anda di kemudian hari?
Anda lebih tahu dari kami.

Cuba anda renungkan...

"Apakah boleh disamakan lazatnya berhubungan yang sebentar sahaja nikmatnya
itu dengan penderitaan-penderitaan anda?
Apakah patut, harga kegadisan anda dibayar begitu murah dan penderitaan anda setelah itu ditebus
dengan harga sebegitu mahal?

Saya rasa, anda cukup mampu mengarahkan dan memberi petunjuk pada kawan-kawan yang tersesat dan perlu dikasihani. Saya tidak perlu berlama-lama memberi bimbingan kata kepada anda. Saya yakin anda sendiri tentu telah mempunyai banyak bahan untuk melakukan penyelamatan.
Sekiranya segala usaha penyelamatan yang dilakukan kepada mereka tidak membawa hasil. Ya cukuplah....... anda perlu menukar sasaran. Lakukan penyelamatan kepada mereka yang belum terkena. Cegah mereka dari serangan penyakit menular itu. Pada umumnya, penyakit seperti itu mudah menyerang wanita- wanita lalai dan gadis yang menginjak dewasa. Bimbinglah mereka agar tidak tersesat jalan.

Apa yang anda lakukan adalah secara bertahap. Saya tidak mengharapkan anda mengajak para wanita Islam melakukan perubahan yang drastik, sekali nasihat terus berubah menjadi muslimah sejati. Segalanya hendaklah dengan wajar, perlahan dan mencapai sasaran.

Biasanya, adalah mustahil dengan memberi sekali kefahaman kemudian dapat mengubah haluan. Kembalikanlah dia kepada kebaikan selangkah demi selangkah, sebagaimana dia sebelumnya sedikit demi sedikit menuju kepada kejahatan.

Kamu semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan di tangan. Kamu juga menipiskan kain tudung. Dan prosesnya berjalan perlahan-perlahan selama berabad-abad.

Sebaliknya, kaum lelaki tidak melihat dan merasakan perubahan itu seperti apabila kita perhatikan jam dinding, kita dapat lihat jarum pendek seolah-olah tidak bergerak.
Tetapi apabila anda datang setelah dua jam anda akan melihat jarum itu bergerak. Begitu juga peralihan dari masa kanak-kanak menjadi remaja dan usia muda kepada tua, seolah-olah tidak boleh diikuti dengan indera.

Demikanlah juga berubahnya satu umat manusia, dari satu keadaan kepada keadaan lain yang berlaku secara berperingkat.

Majalah dan suratkhabar perosak akhlak terus beredar dan semakin meluas.

Para penganjur kerosakan moral bersorak gembira kerana berjaya meraih kemenangan besar dalam pertandingan. Kini, kita telah sampai pada batas yang tidak lagi diredhai islam.

Jika anda membaca sejarah, anda tidak akan menemui keadaan seperti ini.
Bahkan kaum majusi pun tidak mengenali kebebasan yang sedemikian itu.
Binatang yang tidak mempunyai akal pun, tidak sehina manusia masa kini.
Dua ayam jantan akan bersabung mempertaruhkan nyawa untuk berebut ayam betina demi menjaga kehormatannya.

tetapi manusia, dengan dalih kebebasan mengorbankan harga dirinya.

Dijual dengan harga yang murah tubuh dan kehormatannya.
Kita ambil contoh yang dekat saja, tak perlu melangkah jauh ke negera-negara Barat.
Kita pergi ke pantai dan lihat betapa wanita-wanita muslimah mempertontonkan tubuhnya. Hampir seluruh tubuhnya diperlihatkan. Kecuali dua bahagian yang tertutup. Malah ada yang lebih berani membuka bahagian atasnya. Tontonan seperti itu ada di mana-mana. Di negara muslim atau di negara yang majoritinya muslim.

Di tempat pesta atau kelab malam di mana keluarga "moden" datang, menari berganti pasangan, saling bertukar isteri untuk bergoyangan dan berpelukan, berhimpitan dada, perut dan menggenggam tangan. Tidak ada perasaan malu dan memberi harga kepada diri mereka sendiri.




Di sekolah atau universiti, terdapat juga pergaulan bebas. Para puteri membuka sebahagian aurat tanpa pencegahan ibu bapanya.
Contoh-contoh seperti yang aku sebutkan itu hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku.
Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang beraneka ragam yang pasti anda juga melihatnya. Semua itu tak mungkin diubah sekelip mata. Maka kita memerlukan cara khusus dan proses waktu untuk menghilangkannya. Jalan yang tepat yang perlu ditempuhi adalah kembali kepada hak dan kebenaran dengan melalui jalan yang boleh membawa kepada kebaikan. Jalan tersebut memang memakan masa yang lama dan lambat. Tetapi itulah satu-satunya jalan yang mesti dilalui.

Usaha awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. Bagi wanita yang bergaul bebas tetapi masih memakai tudung dan menutup aurat, penggarapannya lebih mudah. Mereka yang bertudung diusahakan agar tudung dan pakaian muslimah yang dipakainya tidak diniatkan untuk meningkatkan kecantikan dan menggoda lelaki.

Perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas adalah:
Seorang wanita menerima tetamu lelaki di rumahnya.
Manakala di tempat umum, berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.
Bersama-sama pergi atau pulang dari sekolah (kuliah, berbual secara bebas, berkumpul dengan dalih belajar bersama).
Semua itu tergolong dalam pergaulan bebas.

Dan ini merupakan sumber malapetaka kehancuran akhlak.
Cara pergaulan seperti itu dianggapnya biasa.

Dia lupa bahawa Allah menciptakannya sebagai wanita dan yang lain ialah lelaki.
Masing-masing mempunyai kecenderungan dan daya tarikan. Tidak ada satu makhluk di muka bumi ini yang dapat mengubah ciptaan Allah atau membuat persamaan di antara keduanya ataupun menghilangkan kecenderungan (hasrat) dari pihak masing-masing.

Wanita-wanita menganjurkan persamaan hak dan pergaulan bebas, menuntut persamaan di atas dasar kemajuan dan tuntutan zaman adalah pembohong besar. Mereka sebenarnya hanya mencari kepuasan nafsu sahaja. Mereka beranggapan, bahawa kaum lelaki lebih mendapat kenikmatan daripada wanita. Kerana itu mereka berusaha untuk merasakan kenikmatan itu.

Mereka tidak berani untuk menyatakan secara terang-terangan.
Mereka sembunyikan hasrat itu dan yang ditonjolkan ialah isu "tuntutan zaman", "seni dan budaya", "kehidupan kampus", "alam mahasiswa atau pelajar", "semangat kesukanan".

Mereka gembar-gemburkan perkara ini seperti suara beduk kosong yang tidak membawa sebarang pengertian.

Hak yang mereka tuntut adalah batil. Mereka menjadikan Amerika dan Eropah sebagai kiblat dan pemimpin kemajuan.
Apa-apapun yang datang dari sana maka itu adalah baik dan tepat.

Eropah mengirimkan tarian, diterima!

Mengirimkan model pakaian telanjang, ditiru!

Percampuran bebas di kampus, mempertontonkan paha dan dada di kolam renang dan tepi pantai dipandang wajar.

Sebaliknya, yang datang dari timur dipandang jelik dan batil, walaupun itu adalah pancaran dari suara masjid, bimbingan dan tuntunan agama, kehormatan dan harga diri, kebersihan dan kemuliaan jiwa, hati dan jasmani serta penutupan aurat sebagai pelindung dan harga peribadi muslimah.

Kita sebagai orang timur menerima mentah-mentah apa yang datang dari barat. Tapi sebahagian orang barat menolak "produknya" sendiri.
Masyarakat Eropah dan Amerika, sebahagiannya menolak pergaulan bebas. Mereka sangat menjaga pergaulan anak-anaknya.

Di Paris, kebanyakan orang tua melarang puterinya keluar bersama pemuda untuk ke pawagam misalnya. Ada juga yang muak jika menonton filem lucah.

Di Amerika, ramai orang tua yang memilih sekolah khusus untuk puteri untuk anak-anak gadisnya. Mereka takut untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah yang bercampur dengan pemuda. Mereka juga mengawal jika puteri-puterinya pergi berenang.


APAKAH PERGAULAN BEBAS DAPAT MEMBENDUNG GELOJAK NAFSU SYAHWAT?
Mereka menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti "mulia" dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.

Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya.

Kita tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.
Rusia, negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat ulama, paderi
atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan bebas.


Amerika, negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat.
Lalu, di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan seperti di atas?
Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara kita?
Apa yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda.

Para pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini.
Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat.
Aku hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat.
Kerana engkaulah yang bakal menerima akibat, engkau yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis.

Janganlah engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan
"Persamaan dan Kebebasan",

"Kemajuan dan Modenisasi",

"Kebudayaan dan Kesenian",

"Kehidupan Kampus",

"Alam Pelajar dan Mahasiswa".

Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya akan menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.
Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri.
Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri.
Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku.
Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri.
Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda.
Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu?

Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu.
Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati.
Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.

Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan engkau mahu mendengar.
Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki.
Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan.
Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan
menjadi baik.
 
 
 

Monday, January 10, 2011

Benarkah Wanita Itu Dicipta Dari Tulang Rusuk Lelaki??

Wanita Daripada Rusuk Lelaki

Dicipta engkau dari rusuk lelaki,

bukan dari kaki untuk dialasi,

bukan dari kepala untuk dijunjung,

tapi dekat di bahu untuk dilindung,

dekat pula di hati untuk dikasihi,

engkaulah wanita hiasan duniawi…

Fuh,indah lirik lagu ni,wanita-DeHearty.Pernah sekali aku tulis balik lirik ini dan aku hantar kepada sorang makwe,bekas budak skolah aku, dengan tujuan ingin ngorat la.Ye la,ayat jiwang ni.Tapi sekali die reply, “awak dengar juga lagu ini?Indahkan lirik dia?Saya suka lagu ini.”Terkesima aku buat 1 minit, misi mengorat berkecai.Ni la,nak mngorat budak alim,amik ko. Zamamiro!

Apakah benar wanita itu adalah daripada rusuk lelaki?Semasa aq kecil, kawan-kawan aku dengan semangat menerangkan hal ini kepada aku sehingge die cakap, “kalu mung terai bile rusuk kito,beloh kiri kure so.”Lepas tu aq pun bilang la.Ye la,kecil lagi,so bile bilang tu,memang kurang satu. “Ho la,meme xdop so,”aku memberitahu dia.So,dari situ,aq pom set la kpale otak aq yang pompuan ni adalah berasal daripada rusuk lelaki.Bila aku naik form3 kalo tak silap,kan ade blajar pasal anatomi manusia,dari situ aku kaji balik, adakah benar rusuk lelaki belah kiri kurang satu.Tengok-tengok,eh molek lagi, takde kurangnya.Jadi,adakah benar perempuan ini berasal daripada rusuk lelaki?

Kita mulakan membincang persoalan ini dengan satu hadis sahih daripada Bukhari dan Muslim:
Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali.
Jika kita mengambil hadis ini tanpa berfikir,jelas menunjukkan kepada kita bahawa hadis ini menyatakan wanita diperbuat daripada tulang rusuk lelaki dan sememangnya ada ulama yang bertegas mengatakan wanita itu diperbuat daripada rusuk lelaki.Namun,ulama secara jumhurnya menyatakan hadis ini merupakan hadis qiasan yang menerangkan sifat wanita itu sendiri dan ulama’ secara jumhurnya menggunakan ayat quran (contoh:Az-Zumar ayat 6) untuk menyangkal teori yang dibawa oleh ulama’ yang menyatakan wanita itu daripada rusuk lelaki.Tambahan pula,hadis di atas diambil secara separuh sahaja,hadis penuh berbunyi:

Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.
Nabi telah memberi analogi tentang sifat wanita melalui hadis ini.Wanita disamakan dengan tulang rusuk dek kerana sifat mereka adalah sama.Jika diperhatikan,Sifat tulang rusuk adalah jika dibiarkan ia akan bengkok dan jika dibetulkan ia akan patah,begitu juga dengan wanita,sifat wanita adalah suka merajuk,jika ditegur mereka akan memberontak.Jadi,adakah kita perlu biarkan sahaja tulang rusuk itu bengkok sahaja tanpa dibetulkan atau dalam erti kata lain,adakah kita perlu biarkan sahaja wanita itu merajuk?

Tidak,kita sebagai lelaki,harus ‘melayan’ sifat merajuk wanita tetapi dengan cara yang berhikmah.Mahalnya seorang wanita disebabkan sifat merajuknya.  Ramai orang cakap ,”awak kalau merajuk,nampak lagi kiut la.”Benar ke tak ungkapan ni,aq pom tak taw,tapi mungkin ade benarnya.Siapalah aq nak bagi nasihat kat oram pasal relationship ni sbb aq pom blom kawin,tapi apa yang aku taw prempuan kalo die ngadu masalah,die xnk kita selesaikan,die just nak kite dengar,so kpd kaum adam,kalo ade pompuan ngadu masalah, sudi-sudikanlah tadah telinga,dengarlah luahan diorang..huhuhhu

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=dIX5xzaSz5I]


KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.

khutbahterakhir


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah S.A.W pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)
Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang ku katakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci. Oleh itu, pandangkan kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.
Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu.
Ingatlah bahawa kamu akan bertemu dengan Allah S.W.T dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah S.W.T telah melarangmu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.
Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap[ isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu.
Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan penzinaan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarlah baik-baik. Sembahlah Allah. Solat lima kali dalam sehari. Laksanakanlah puasa selama sebulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat, serta laksanakan ibadah haji bila mampu. Ketahuilah bahawa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sedarjat. tidak ada perbezaan satu terhadap yang lain kecuali ketaqwaan dan amal soleh. Ingatlah.
Satu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggungjawabkan semua amalanmu. Kerana itu berhati-hatilah, jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah pemergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu, dengarlah baik-baik, ya saudaraku.

Dan fahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahawa aku meninggalkan dua pusaka, al-Quran dan contoh-contohku sebagai as-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Sesiapa yang memperdengarkan perkataanku ini wajib menyampaikan kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang terus mendengarkannya.Demi Allah, aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaranMu kepada umatku, ya Allah.

Seindah Senyuman Rasulullah s.a.w

Setiap manusia dikurniakan hati dan perasaan yang mana ia membuatkan hidup kita disulami suka dan duka. Adakala kita ketawa dan adakala kita menangis malah seringkali kita tersenyum.Senyuman merupakan satu sifat dan akhlak yang mulia. Banyak sekali orang yang jatuh hati disebabkan oleh sebuah senyuman. Senyuman memang sesuatu yang hebat dan dahsyat. Senyuman yang penuh dengan ketenangan akan mampu meluluhkan kemarahan seseorang. Senyuman seorang ibu mampu menghilangkan gusar di hati seorang anak. Senyuman seorang isteri mampu menghilangkan kepenatan seorang suami yang baru pulang dari kerja. Senyuman sensei mampu memberi semangat kepada gakusei. Senyuman seorang sahabat membuatkan hari-hari yang dilalui ceria dan tenang. Bagaimana pula senyuman Rasulullah kepada para sahabat serta umat-umat terdahulu?

Ketawa Rasulullah berupa senyuman. Paling tidak pun hanya menampakkan gigi baginda sahaja dan ia merupakan ketawa yang berkarisma, tidak mengeluarkan suara atau terbahak-bahak. Ia diceritakan sendiri oleh wanita yang paling hampir dengan baginda iaitu isteri baginda, Saidatina Aisyah. Aisyah r.a berkata “ Sekalipun aku tidak pernah melihat Rasulullah berlebih-lebihan ketika ketawa hingga nampak mulutnya. Ketawanya hanya berupa senyuman”.
Malah kerana senyuman baginda juga barang-barang dagangan baginda habis terjual. Maisarah,pembantu Saidatina Siti Khadijah pernah mengusik Khadijah dengan berkata,

Salah satu faktor yang menjadikan barang-barang dagangan kita laris terjual semasa di Syam adalah kerana Muhammad juga. Wajahnya yang tampan itu sentiasa terukir dengan senyuman. Beliau sentiasa tersenyum pada semua orang yang berurusan dengannya. Walaupun Muhammad tidak banyak bercakap, tetapi beliau sentiasa memberikan senyuman. Dengan senyuman beliau itu sudah cukup membuatkan barang-barang kita habis terjual”.

Nabi S.A.W merupakan manusia yang paling banyak tersenyum sehinggalah di saat-saat akhir hayat baginda. Di antara beberapa peristiwa yang paling berkesan di hati ialah kejadian terakhir dari senyum Nabi S.A.W dan sekaligus menjadi penutup dari senyuman-senyuman dalam hidup baginda. Senyuman baginda merupakan pantulan keredhaan terhadap umatnya. Anas bin Malik r.a. berkata: “Sesungguhnya Abu Bakar solat(menjadi imam) ketika Nabi S.A.W sakit yang disusuli dengan kewafatan baginda. Pada hari Isnin ketika kaum muslimin berada dalam saf, Rasulullah menyingkap kain tabir bilik lalu memandang ke arah kami dalam keadaan berdiri seakan-akan wajah baginda ibarat sehelai kertas. Kemudian Rasulullah S.A.W tersenyum. Kami seperti bingung ketika bersolat kerana merasa gembira Nabi S.A.W akan keluar. Abu Bakar undur ke belakang untuk mencapai saf dan menyangka baginda akan keluar untuk mengimamkan solat, namun Rasulullah memberi isyarat dengan tangannya yang bermakna: “Selesaikanlah solat kamu!”. Kemudian baginda masuk dan menjatuhkan kain tabir.” Anas berkata : “Rasulullah wafat pada hari itu juga.”(Riwayat Muslim). Dalam riwayat lain, Anas bin Malik berkata, “Kali terakhir aku melihat Rasulullah tersenyum adalah ketika baginda membuka kain tabir pada hari Isnin.”(Riwayat Muslim)

Senyuman Rasulullah S.A.W mencerminkan indahnya akhlak baginda dalam tindak tanduknya sehari-hari. Manis senyumnya memancarkan keindahan bagai menembusi dimensi waktu ribuan tahun dan jarak ribuan kilometer. Itupun akan terus berlanjut hingga kiamat nanti. Sampai sekarang pun kita masih merasakan getar-getar senyuman kasih sayang baginda yang terkandung dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Itulah kemuliaan baginda Rasulullah yang masih kita rasai sampai saat ini.





“Senyum Sokmo”

LA TAHZAN!! =)

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.

Bukan dicari-cari

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”
Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.



Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.

 Sumber : Buku ‘Jangan Bersedih’ , Pengarang : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

wanita itu..

wanita itu..
seindah hiasan adalah wanita solehah..