Dan Bila Hati Ini Tertaut PadaMu..

Monday, January 5, 2015

Hikmah Itu Tinggi Maharnya



Ku lihat di sini,
Pena masih lagi utuh,
Tidak tersentuh kalimat indah,

Lantas aku terus menyapa diriku,
Untuk teruskan menulis,
Walau tidak kutahu,
Siapa jua pembacanya.

Assalamualaikum wbt.

Ucapan salam dan selawat sudah pastinya untukmu ya Rasulullah kekasih Allah.
Alhamdulillah'ala kulli hal atas segala kesempatan nafas yang dipinjamkan ke atas diri ini.

Nikmat.
Apakah itu nikmat yang dikatakan begitu mahal harganya?

Tidak Allah uji kita tanpa sia.
Kerana hikmah itu tetap ada walaupun tidak kelihatan cahayanya.
Hikmah itu mungkin bukan sekarang, boleh jadi untuk kita di masa hadapan.
Apa lagi yang perlu diragukan tika janjiNya ditepati dan diyakini alam.

Begitu banyak ujian yang acapkali menimpa kita.
Dan semestinya tidak enak belaka bukan?

Jangan begitu sayang!
Ciptaan Pencipta tiada langsung yang sia-sia.
Cuma, ujiannya itu mata hati kita belum nampak.

Ayuh mencari hikmah di dalam seluruh ruang lingkup kehidupan.

Allah memberi tanpa kita pinta.
Dan juga Dia mengambil tanpa kita rasa.

Ajaib nikmat yang Allah pinjami.
Pernah kita minta diberi pernafasan setiap hari?
Pernah kita pinta angin yang mendamaikan pagi?
Pernah kita rasa nikmatnya tidur di malam hari?

SubhanAllah!

Sebenarnya, kitalah manusia yang tidak kenang budi.

Mengapa saya berkata begitu?

Kerana kita masih dalam lena yang panjang.
Masih tidak sedar tugas kita yang tersirat.
Jika begitu teliti impian yang kita rancang,
Malulah jika kita tidak hiraukan akhirat.

Yang bercakap ini bukanlah bagus segala.
Sekadar mengingatkan diri sendiri yang seringkali alpa.
Bila seronok hidup atas nikmat Tuhan azza wa jalla.
Lantas terus lupa seakan tidak mengerti apa-apa.

Hikmah itu.
Tak semua orang akan dapat dan tahu.
Kerana ternyata semua ini milik Tuhan yang Maha Pencipta.
Kalau bukan kita yang berusaha mengorek ilmu hikmiah.
Siapa lagi yang hendak kita rasa mampu membantu kita kelak?





wanita itu..

wanita itu..
seindah hiasan adalah wanita solehah..