Dan Bila Hati Ini Tertaut PadaMu..

Monday, January 10, 2011

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.

khutbahterakhir


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah S.A.W pada 9 Dzulhijjah 10 H di lembah Uranah, Arafah)
Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang ku katakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci. Oleh itu, pandangkan kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.
Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu.
Ingatlah bahawa kamu akan bertemu dengan Allah S.W.T dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah S.W.T telah melarangmu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.
Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap[ isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu.
Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan penzinaan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarlah baik-baik. Sembahlah Allah. Solat lima kali dalam sehari. Laksanakanlah puasa selama sebulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat, serta laksanakan ibadah haji bila mampu. Ketahuilah bahawa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sedarjat. tidak ada perbezaan satu terhadap yang lain kecuali ketaqwaan dan amal soleh. Ingatlah.
Satu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggungjawabkan semua amalanmu. Kerana itu berhati-hatilah, jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah pemergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu, dengarlah baik-baik, ya saudaraku.

Dan fahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahawa aku meninggalkan dua pusaka, al-Quran dan contoh-contohku sebagai as-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Sesiapa yang memperdengarkan perkataanku ini wajib menyampaikan kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang terus mendengarkannya.Demi Allah, aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaranMu kepada umatku, ya Allah.

No comments:

wanita itu..

wanita itu..
seindah hiasan adalah wanita solehah..